لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Terlalu pantas masa berlalu.
Mentari menyelinap di celah-celahan bukit bukau untuk memancarkan cahayanya.
Sang burung riang menari sambil riuh berkicauan.
Aku mula tersedar....
Bila aku cuba bangkit,
Aku merasakan baru sebentar aku dibuai mimpi.
Sukar untuk membuka mata yang terlalu lama terlena,
Aku cuba.. cuba dan mencuba untuk bangkit dari lena yang panjang.
Untuk melihat sesuatu yang terindah...
dicipta oleh yang Maha Esa.
Aku manusia,
Pelakon cerita...
Di pementasan alam ciptaanNya..
Bukan sengaja melanggar arahan..
Kadang terlupa...
watak dan peranan.
Aku Hanya Manusia!.
Ingin sekali..
Hati ini mendekati..
Bila mengingati...
Mula menjauhi..
Sukar mamahami...
Apa yang di ingini...
Mungkin hanya diri ini sahaja memahami.
0 comments:
Post a Comment