Friday, 12 June 2015

Bicara Hati


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Terlalu pantas masa berlalu. 
Mentari menyelinap di celah-celahan bukit bukau untuk memancarkan cahayanya.
Sang burung riang menari sambil riuh berkicauan.
Aku mula tersedar.... 
Bila aku cuba bangkit,
 Aku merasakan baru sebentar aku dibuai mimpi.
Sukar untuk membuka mata yang terlalu lama terlena,
Aku cuba.. cuba dan mencuba untuk bangkit dari lena yang panjang.
Untuk melihat sesuatu yang terindah...
dicipta oleh yang Maha Esa.


Aku manusia, 
Pelakon cerita...
Di pementasan alam ciptaanNya..
Bukan sengaja melanggar arahan..
Kadang terlupa...
watak dan peranan.
Aku Hanya Manusia!.


Ingin sekali..
Hati ini mendekati.. 
Bila mengingati... 
Mula menjauhi.. 
Sukar mamahami...
Apa yang di ingini... 
Mungkin hanya diri ini sahaja memahami.




Sunday, 10 May 2015

Apa Itu Noob?


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



(Gamba google)

Haaaaa! Siapa yang tengah cari 'apa itu maksud noob'
Kalau korang nak tahu, Noob ni familiar sangat dalam dunia games. Bila dalam game, mesti ade je yang menggelarkan diri dorang noob atau digelar noob. Dulu, Felly pun tak tahu jugak. Pelik sangat kenapa la budak-budak ni gelarkan diri dorang "Noob!" and then, tergerak hati nak tanya incik google.. hahahaha 

 Jeng.. jeng.. jeng... 
Mungkin masih ade yang belum tahu kan macam Felly dulu. 
Ni yang Felly nak share siket ni.

Perkataan Noob ni sebenarnya berasal dari perkataan Newbie yang membawa maksud "Orang Baru" atau "Orang yang tidak arif didalam sesuatu perkara"

Tapi, budak-budak sekarang ni, samakan perkataan noob tu dengan "Bodoh". Padahal maksud dia lain.. Pandai-pandai je korang ubahkan maksud dia.. erghhhh =..=


Monday, 4 May 2015

Come Back (^_^)


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hello.. hello.. hello.. 
Kesian dengan blog ni.. Dah lama sangat terabai, mungkin dah bersawang!.. hahaha (>,<)
Sampai ada yang dah tegur, "bila nk update blog." [salah sorang silent reader ni -> (FH)] hehehehe
Okey. Oleh kerana dia lah, Felly tergerak hati nak aktif balik berbloging ni.

Hurmmmm...
Alhamdulillah, Felly dah lepas sem 5 okey u olls, InsyaAllah sem depan Felly sem 6. 
Tahun akhir Felly study dekat Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS).
Course Akauntansi.
Harap-harap semua dipermudahkan olehNya.. Amiin 
Lepas ni, rindu la ngan abang-abang senior.. dah tak boleh nak usha-usha da..
uarghhhh.. T_T 
mesti rindu ngan abang-abang jabatan perdagangan dengan abang-abang auto.. 'abang la sangat!'. beza sem je pun.. kihkihkih..

Tahun ni, banyak sangat Felly dapat jemputan kenduri kawen..
sedar tak sedar, ramai jugak kawan Felly dah jadi tunang, suami n bini orang!..
OMG! One more thing,
Fellyyyyy!!!,
 u lupa ke? yang umur u dah 21 tahun!!!!!..
That why la, kawan-kawan u ramai dah kawen. Erghhhhh.. (-_-)

Apa pandang-pandang? (sambil tengok kiri dan kanan) hehehe 
'Bila turn Felly pulak?'
InsyaAllah, jodoh daripada Allah itu pasti ada..
Felly percaya dengan jodoh yang telah Allah rencanakan..
dan 
yang paling penting, kita kena tahu ini...

"Don't rush into marriage just because your friends are now all married.
Allah will send you your spouse when He know you're ready"

~end~

Wednesday, 7 May 2014

Ada Apa Dengan Ilmu


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Hari ni just nak share gamba ni je  :)



P/S : Click kat gambar kalau nak besarkan uke... peace yoo



Sunday, 20 April 2014

Rindu... Rindu.. Rinduuuuuuu...


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hari ni cuma nak share mutiara kata dari hati je... =)

"Aku rindu kau...
rindu sangat - sangat...
kadang - kadang menitis air mata bila teringat dekat kau..
kadang - kadang menitis air mata bila tengok kau dengan orang lain..
sebak yang tak mampu diungkap dengan sepatah perkataan..
walaupun sekadar melambai tangan..

aku rindu dengan relay kita..
disaat kita bahagia..
disaat kita gelak tawa bersama
hanya yang ada

KAU DAN AKU :')"



p/s : Terpulang kepada korang nak anggap ia untuk kekasih atau pun persahabatan :)

Sunday, 13 April 2014

Persahabatan 3 Segi


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Mungkin ramai yang pernah alami situasi sebegini. ''Persahabatan yang melibatkan angka ganjil.''
contoh : berkawan 3 orang, 5 orang atau seangkatan dengannya.




selalunya, persahabatan begini akan menyebabkan salah seorang akan rasa 'tersisih'. Kawan yang rasa 'tersisih' tu pada awalnya akan rasa 'cool' jek , macam tak de apa2 . Tapi lama kelamaan disebabkan selalu sangat memendam rasa kecik hati , akhirnya yang 'tersisih' itu akan mengundur diri , lalu membiarkan 2 orang kawan tersebut.



Yang 2 orang tu mungkin akan rasa pelik & hairan , dan timbullah persoalan antara mereka ..

contoh :- "kenapa perangai dia pelik eyk?'' , "kenapa dia tiba-tiba jauhkan diri dengan kita eyk ? kita ada buat salah ke ??" . 

Antara situasi / contoh2 rasa tersisih:-
1- kawan yang 2 orang tu saling bercerita tapi terlupa yang kawan yang ke 3 tu turut ada sekali . (buat macam tak wujud)
2- kawan yang 2 orang saling berkongsi cerita dan mengetahui rahsia masing2, tapi tidak kawan yang ke 3, kalau tahu pun mungkin dia orang yang terakhir.
3- kawan 1 ni terlalu ingin menjaga hati kawan ke 2, sehinggakan dia lupa untuk menjaga hati kawan ke 3 ni.

Bila situasi macam ni terjadi, mula la kawan yang rasa dirinya 'TERSISIH'. Dia dah tak diperlukan dalam persahabatan 3 segi ini. Dia rasa terpinggir. mungkin hal ini tidak disengajakan oleh 2 kawan tadi.

Kadang situasi ini berlaku bila 2 orang yang dah lama bersahabat, tapi tiba2 muncul watak ke'3' atau ke'5' , yang kira sama kepala , maka berlakulah persahabatan yang sedemikian, tapi lama2 ianya makin pudar mungkin disebabkan keserasian 2 orang sahabat itu, maka sahabat yang sorang lagi merasakan diri tersisih.'



Friday, 28 February 2014

Tip Nak Bagi Hadiah Dekat Awek


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hye. Hari ni Felly nak share tip nak bagi hadiah dekat awek-awek yang korang sayang k.
Sebelum tu nak tanya berapa kali korang bagi hadiah dekat awek korang. 3 tahun sekali? 3 tahun dua kali? 3 tahun tiga kali? atau tak pernah bagi hadiah langsung? Hurmm..

Sebenarnya bagi perempuan, hadiah ni tak ada lah penting sangat pun. Cukup kasih syg diberi,ikhlas dan jujur. Tapi kalau korang nak beli jugak boleh je, yang penting korang tahu apa yang boleh dibagi atau yang tak boleh dibagi.

TIP-TIP HADIAH YANG TAK PATUT DIBERI :-
  1. Jangan sesekali korang bagi awek korang bunga rose warna 'KUNING'! sebabnya warna kuning tu melambangkan nilai persahabatan. So, be careful k sebelum nak bagi hadiah tu.
  2. Jangan sesekali bagi awek korang binatang peliharaan. Sebabnya ia memerlukan MASA dan TANGGUNGJAWAB dan bukan semua perempuan sukakan binatang.
  3. Kalau korang ada terniat nak belikan awek korang 'BAJU'. pastikan korang tahu saiz baju awek korang tu betul sebelum baju yang korang beli tu dijadikan alas kaki je nanti.
  4. Jangan belikan awek korang perfume untuk hadiah k. Sebabnya diaorang mesti ingat badan diaorang berbau walapun perfume yang korang beli tu dengan harga yang mahal.
  5. Jangan la korang bagi awek korang cream muka sebagai hadiahkan. Tak masuk akal k. firstly mesti awek korang fikir yang diaorang ni 'TAK CANTIK'. Sebab itulah korang bagi cream muka dekat diaorang.


Cubalah korang bagi awek korang benda-benda yang menarik sikit macam teddy bear ke. conform awek korang happy. Nampak manja gitu. Good luck k..  muachhz =)